Monday, February 14, 2011

~School Time Hero~

=========
CHAPTER 9
=========

           Setibanya Cecil di perkarangan sekolah, semuanya heboh tentang dirinya. Perbualan tentang apa yang telah dia lakukan telah menjadi topik hangat di sekolahnya itu. Dia merasa bangga walaupun ada sesetengah
dari pelajar-pelajar di situ mengatakan bahawa Cecil telah mengupah dua orang jahat itu untuk menjadikan dirinya hero. Biasalah lumrah hidup pasti ada yang suka, pasti juga ada yang tidak suka. Tetapi dia tidak
menghiraukan semua itu. Walaupun Emil tetap menjadi pujaan hati ramai gadis, sedikit lain dari apa yang di bayangkannya semalam, tetapi yang lainnya memang seperti bayangannya. Ramai gadis yang ingin berkenalan
dengannya. Rakan-rakan pula memuji-muji dirinya.

Efie melangkah masuk ke dalam kelas. Terukir satu senyuman di wajahnya apabila terlihat Cecil di tempat duduknya. Kepala Cecil masih lagi di baluti kain putih untuk menutup lukanya. Sudah berapa hari
dia tidak dapat melihat pemuda itu disekolah. Terbit juga rasa rindu di hatinya walaupun selama ini mereka selalu berbalah. Dia merasakan Cecil seperti seorang yang baru. Bukan Cecil yang selalu ingin menyakitinya dulu. Dia melangkah menuju ke arah tempat duduk mereka."Hai." katanya kepada Cecil sambil tersenyum dengan begitu manis sekali."Oh, hai! Duduklah, duduk-duduk." kata Cecil dengan nada yang terlalu ceria. Efie pun tidak mengesyaki apa-apa dan terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. PAPP! Efie jatuh bersama-sama kerusi yang di duduki.Terlihatkan keadaan itu, Cecil ketawa terbahak-bahak sehingga perutnya terasa senak. "AHAHA, ngek!" ketawa Cecil sambil menunding jari ke arah Efie yang masih terduduk di atas lantai. " Tu la lain kali nak duduk tu tengok-tengok lah dulu ye?" tambah Cecil lagi. Efie seakan tidak percaya.Inikah lelaki yang telah menyelamatkannya tempoh hari? Inikah lelaki yang telah melayannya dengan begitu baik sekali? Efie bangun sambil berkata, "Kau punya kerja ke ni?"

"Takde lah..aku tak potong pun kaki kerusi tu, tapi masa aku ambik kat stor belakang tu memang kaki dia ada tiga je!" jawab Cecil,sambil terus tergelak. Efie terus melangkah keluar kelas. Dia tidak dapatberfikir dengan jelas. Perkara yang terjadi tempoh hari lansung tidak mengubah perangai Cecil Si Pembuli. Efie pergi ke tandas dan mencuci mukanya beberapa kali untuk menyedarkan dirinya." Apalah yang kaufikirkan Efie. Cecil tetap Cecil. Pembuli terutama. Mustahil dia boleh berubah." fikir Efie sendirian. Setelah mengeringkan mukanya Efie segera pulang semula ke kelas. Apabila dia melangkah masuk, Cecil sedang yang sedang duduk bersama-sama rakan-rakannya berpura-pura menahan ketawa.Efie cuma menjeling dan mengambil kerusi yang berada di tempat Cecil yang kemudiannya diletakkan di tempatnya sendiri.

"Oi, tu kerusi aku lah!" kata Cecil. Efie tidak mengendahkan pemuda itu. Tiba-tiba beberapa orang perempuan datang dengan membawa sebuah kerusi. "Takpe Cecil! Awak duduk kat kerusi ni je ya? Perempuan tak sedar diri tu. Orang dah selamatkan dia pun tak tahu nak berterima kasih." kata gadis-gadis itu sambil memandang tajam ke arah Efie. Cecil tergelak kecil dan berterima kasih kepada gadis-gadis itu. Dia berborak-borak sebentar bersama gadis-gadis tersebut, tetapi sesekali matanya menjeling ke arah Efie.