Monday, January 17, 2011

WTH...

=========
CHAPTER 3
=========


Efie kembali ke tempat duduknya sambil membawa buku Cecil dan
bukunya kerana mereka duduk bersebelahan. Memang kebiasaannya penolong
kelas akan ditempatkan di sebelah ketua. Entah kenapa tahun ini Efie
telah dipilih menjadi ketua kelas dia pun tidak tahu. Tambahan pula
penolongnya ialah Cecil. Efie terasa dirinya manusia yang paling
malang. "Amik buku kau, suka sangat sepah kan buku kan?" dengan sengaja
Efie menjatuhkan buku Cecil ke bawah meja. Cecil memandang tajam kepada
Efie. Efie menjelingnya dan lantas menjelirkan lidahnya ke Cecil. Cecil
terasa bengang diperlakukan begitu tetapi dia tidak dapat memikirkan
apa-apa cara untuk mengenakan Efie pada waktu itu. Dia mengejek Efie
kembali dan terus tunduk untuk mengambil bukunya di bawah meja. Dia
menghempaskan bukunya itu keatas meja. "Ya Cecil ada apa masalah?" soal
guru kelasnya. "Err, takde cikgu." jawab Cecil menundukkan kepalanya.
Efie tertawa kecil. Puas hatinya apabila Cecil diperlakukan begitu.

Kelas berterusan seperti biasa hingga bunyinya loceng akhir
menandakan waktu habis sekolah. Selepas berjalan bersama rakan-rakannya
yang lain sehingga ke perhentian bas, Efie meneruskan perjalanannya
untuk pulang ke rumah. Berbeza dari rakan-rakannya yang lain, Efie
tinggal berdekatan dengan sekolahnya jadi dia tidak perlu menaiki bas
untuk pulang ke rumah. Sedang dia berjalan itu otaknya ligat berputar.
"Adui, kenapalah aku boleh bodoh sangat asyik tertipu je dengan Cecil
ngek tu. Hmm, tapi kalau tak kena camtu tadi takde lah aku boleh jalan
dengan Emil..hee.." Efie tersenyum memikirkan wajah pemuda itu. "Ehh,
ape aku buat ni. Dah gila agaknya." fikir Efie lagi sambil menepuk-
nepuk dahinya dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba kedengaran
suara yang paling tidak digemarinya."Oi, kau da kenapa? Lupa jalan
balik rumah ke weh!" jerit Cecil yang sedang menunggang basikalnya
untuk pulang ke rumah. Cecil mengayuh basikalnya dengan perlahan untuk
beriringan dengan Efie. Efie langsung tidak menoleh ke Cecil dan hanya
mempercepatkan langkahnya dan memandang ke hadapan. Cecil geram apabila
usikkannya tidak diendahkan. Seperti biasa dia akan mencari cara untuk
mengusik Efie. Dia melihat kesekelilingnya. Tiba-tiba dia menghentikan
basikalnya dan membiarkan Efie terus berjalan. Efie merasa hairan
tetapi dia tidak berani untuk menoleh kebelakang. Setibanya Efie
berjalan bersebelahan dengan lopak air dengan pantasnya Cecil mengayuh
basikalnya di atas lopak air tersebut. Efie menjerit akibat terkejut.
Habis pakaian sekolahnya basah akibat perbuatan nakal Cecil itu. Cecil
terus mengayuh basikalnya dengan laju sambil berkata "Jumpa esok ye
sayang!" diikuti dengan gelaknya.

Efie tiba dirumah dan terus masuk ke bilik air untuk mandi.
Pakaian sekolahnya yang basah kuyup itu di masukkan kedalam mesin basuh.
Dia membebel-bebel sendirian memaki-maki Cecil di dalam hatinya. Dia
sudah tidak tahu untuk berbuat apa dengan pemuda yang nakal itu. Pernah
sekali dia diejek oleh Cecil dan rakan-rakannya kerana mengadu kepada
ibunya apabila diusik oleh Cecil. Semenjak dari kejadian itu dia tidak
lagi mengadu kepada ibu bapanya kerana dia tidak mahu kelihatan lemah.

Setelah usai menikmati makanan tengahari yang dimasak oleh
ibunya, Efie pergi ke verandah rumahnya untuk berehat seketika. Dia
terfikirkan Cecil. Entah sejak bila dia pun sudah terlupa. Tetapi
sepanjang ingatannya, sepanjang perkenalannya dengan lelaki bernama
Cecil itu hidupnya menjadi kucar-kacir. Pemuda itu sentiasa mencari
cara untuk mengganggu ketenteraman dirinya. Entah di mana silapnya
kepada pemuda itu dia pun kurang pasti. Tetapi mereka memang dikenali
sebagai musuh ketat di sekolah itu. Setelah lama berfikir akhirnya Efie
tertidur di kerusi malas di ruangan verandah rumahnya itu. Di dalam
tidurnya dia di datangi Emil. Mimpi yang indah tiba-tiba menjadi mimpi
buruk apabila Cecil datang mengganggu ketenteraman mereka. Walau di
dalam mimpi sekalipun Cecil dapat mengganggu ketenteramannya. Sangat
bahaya!

Langit sudah pun menjadi gelap. Malam itu langit begitu terang
di hiasi cahaya bintang-bintang yang berkerdipan. Cahaya bulan purnama
menerangi langit malam yang gelap. Pemandangan yang sungguh
mempersonakan. Cecil bangun dari tempat duduknya di meja belajarnya.
Laptop yang sedang terbuka memainkan lagu-lagu kegemarannya di biarkan
begitu. Dia bergerak ke tingkap biliknya dan membukanya seluas-luasnya.
Dia begitu asyik melihat keindahan malam itu. Sedang dia termenung, dia
teringatkan peristiwa di sekolah pada pagi tadi. Cecil merasa puas hati
kerana hari ini, sekali lagi dia berjaya mengenakan Efie. Entah kenapa
dia sangat suka membuat gadis itu marah. Dia akan berasa lebih gembira
jika dapat membuat gadis itu menangis. Tetapi Efie sudah lama tidak
menangis di hadapannya. Memikirkan perkara itu, dia tergelak sendirian
sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Ahh, mengantuk pulak,"
kata Cecil sambil menguap. Dia masuk ke tandas untuk memberus gigi dan
bersedia untuk masuk tidur.

No comments:

Post a Comment