=========
CHAPTER 2
=========
Efie melutut di atas lantai sambil mengomel sendirian. Pelajar
lain kelihatan sibuk dengan hal masing-masing dan seperti tidak nampak
Efie dan buku-bukunya yang bersepah. Terasa ingin menangis tetapi di
gagahkan dirinya untuk menahan airmatanya dari keluar mengalir. "Aku
takkan biarkan dia menang dengan tengok aku nangis, Efie kuat!" pujuk
Efie di dalam hatinya.
Perlahan-lahan dia menyusun semula buku-buku tersebut. Ada
sepasang mata yang sejak tadi asyik memerhatikan Efie. Sedang Efie
sibuk menyusun buku tiba-tiba ada sepasang tangan menghulurkan buku
kepadanya. Efie mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah gerangannya
yang cukup baik untuk membantunya itu. Rupa-rupanya orang itu ialah
salah seorang pengawas di dalam kelasnya iaitu Emil. Emil sedang
tersenyum sambil menghulurkan buku-buku yang telah dipungutnya dari
lantai koridor.
Efie masih lagi tergamam. Seakan tidak percaya melihatkan
jejaka kegilaan ramai itu sedang tersenyum kepadanya. Senyuman yang
paling manis yang pernah dilihatnya. Dia terasa dirinya bagai di alam
mimpi. Bibirnya yang merah dihiasi dengan lesung pipit yang dalam di
bahagian pipi kanannya. Kulitnya yang cerah, matanya yang berwarna
hazel dan penampilan yang sentiasa segak dan tampan membuatkan dia
menjadi kegilaan kebanyakkan gadis di sekolah itu. Bagi dirinya sendiri,
Efie tidak pernah mengendahkan perkara-perkara seperti itu. Tetapi pada
ketika ini dia seakan memahami perasaan gadis-gadis itu.
"Awak tak nak ambik ke buku-buku ni?" suara Emil menyedarkan
Efie dari lamunannya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya untuk
menyedarkan dirinya kembali. "Oh ye, thanks ya." jawab Efie dengan
perlahan sambil mencapai buku yang di hulurkan oleh Emil dan menyusun
buku-buku itu semula. "Mari saya tolong awak bawa separuh. Berat ni
nanti jatuh lagi pulak." Emil berkata sambil mengambil buku-buku yang
telah disusun oleh Efie dan terus berdiri. "Awak ambik banyak sangat
lah, tu bukan separuh." kata Efie sambil mendongak ke atas dan
memandang Emil dengan muka yang kehairanan. Emil melihat ke wajah Efie
dan melemparkan senyuman kepadanya sambil berkata "Cepat bangun nanti
kita lambat masuk kelas kena denda pulak." Efie bingkas bangun dan
mengangkat beberapa buah buku yang tinggal. Mereka pun berjalan
beriringan menuju ke kelas.
Sepanjang perjalanan mereka untuk ke kelas itu Efie tidak mampu
mengangkat kepalanya. Dia dapat merasakan semua pelajar yang ada disitu
sedang memerhati dan bercakap tentang Emil dan dirinya. Kedengaran
ayat-ayat seperti "Siapa perempuan tu?" dan "Kenapa Emil jalan dengan
perempuan tu?" beberapa kali telah didengarinya. Walaupun dia merasa
malu tetapi di sudut hatinya terdapat sedikit rasa bangga kerana dapat
di temani jejaka itu. Efie mencuri pandang kepada Emil. Senyuman tidak
pernah lekang dari wajah tampan itu. Dia kelihatan tenang seperti
langsung tidak mengendahkan pandangan-pandangan orang di sekelilingnya.
"Orang dah biasa jadi tumpuan memang camni kot." Fikir Efie sendirian.
Setibanya di kelas, Emil meletakkan buku-buku tersebut di atas
meja guru. Efie sempat mengucapkan terima kasih sekali lagi sambil
tersenyum kepada Emil sebelum Emil pulang ke tempat duduknya. Guru
kelas mereka masih belum tiba dan Efie mengambil peluang ini untuk
memulangkan buku-buku latihan tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya.
Sedang dia membahagikan buku-buku tersebut seorang kawan rapatnya,
Keicey datang menyapanya. "Lepas rehat tadi kau pergi mana? Masuk kelas
lambat pulak tu.." tanyanya. Sebelum sempat Efie menjawab apa-apa
Keicey menghampiri dirinya dan bercakap dengan nada perlahan "Kau pergi
dating dengan Emil ya?" sambil tersenyum mengusik. "Eh, mana ada la!Dia
tolong aku je tadi si Cecil ngek tu kacau aku lagi tadi." Efie cuba
menerangkan perkara yang sebenarnya. "Yelah tu.." kata Keicey kurang
berpuas hati dengan penjelasan Efie. Kemudiannya kawan-kawannya yang
lain mula berkumpul di meja guru dan bertanyakan Efie soalan yang sama
yang telah diajukan oleh Keicey sebentar tadi berulang kali.
Kelihatannya berjalan dengan orang yang popular di sekolahnya menjadi
topik hangat pada hari itu. Belum sempat Efie menjawab apa-apa soalan
guru kelas mereka tiba. Dengan rasa hampa mereka semua kembali ke
tempat duduk masing-masing. Efie merasa agak lega kerana terlepas dari
soalan-soalan 'paparazzi' itu.
No comments:
Post a Comment