Sunday, January 23, 2011

Somebody, help....

=========
CHAPTER 6
=========


Hujan sudah turun dengan lebatnya. Kadang-kadang kelihatan
kilat dan guruh sabung-menyabung. Efie merasa takut berjalan di dalam
keadaan hujan begini. Dia teringat kisah yang pernah dibacanya tentang
orang yang di sambar petir. Dia tidak mahu perkara begitu terjadi
kepada dirinya.

Setibanya dia di satu simpang, dia menjadi buntu. Terdapat dua
jalan untuk pulang ke rumahnya. Satu jalan adalah jalan besar. Lebih
jauh jika dia mengambil jalan tersebut. Tambahan pula dengan keadaan
yang terbuka itu, lebih mudah untuk dirinya disambar petir, fikir Efie.
Jalan yang kedua pula adalah jalan di belakang bangunan. Berbanding
dengan jalan tadi, jalan ini lebih kecil dan lebih cepat untuk dia
sampai ke rumah. Dengan adanya bangunan yang tinggi, sudah pasti dia
dapat mengelakkan diri dari di sambar petir. Tanpa berlengah lagi
Efie terus pergi mengikut jalan yang kecil itu.

Keadaan jalan itu sangat menyeramkan. Banyak sampah-sarap
bersepah di sepanjang jalan itu. Kadang-kadang kelihatan seperti ada
bayang-bayang yang bergerak di sebalik kegelapan itu. Kucing-kucing
liar dan tikus berlari-lari di sebalik sampah-sampah itu. Efie merasa
gementar berada di tempat begitu seorang diri. Tambahan pula hari
sedang hujan.

Efie merasakan sesuatu yang aneh. Dia seperti dapat merasakan
ada yang memerhatikan dirinya. Dia cuba untuk menghilangkan perasaan
itu tetapi gagal. Dia mempercepatkan langkahnya..Tiba-tiba ada suatu
suara keluar dari kegelapan jalan itu. "Hai adik manis, nak pergi mana
ni, laju nya jalan..hehe." Efie terkejut dan terus menoleh kebelakang.
Dengan perlahan, dua orang lelaki yang menyeramkan keluar dari kegelapan
suatu sudut di jalan itu. Salah seorang dari lelaki itu adalah botak
dan mempunyai badan yang sangat besar. Dia sedang tersenyum melebar.
Dan sudah pastinya bukan satu senyuman yang menyenangkan. Senyumannya
sangat menyeramkan. Kelihatan dia kehilangan beberapa batang giginya.
Manakala lelaki yang seorang lagi lebih kecil dan kurus berbanding
yang tadi. Lelaki ini mempunyai rambut panjang yang kelihatan sangat
kotor dan dia mempunyai parut yang panjang di pipi kirinya, membuatkan
dia nampak lebih menyeramkan.

Efie kaget di tempat dia berdiri. Dengan cepat dia berpaling
dan mula untuk membuka langkah seribu. Tetapi sepantas kilat lelaki
yang berbadan besar itu menghalang jalannya. Walaupun saiznya besar,
lelaki itu bergerak dengan begitu pantas sekali. Mereka terus tersenyum
dan akhirnya ketawa. Kedua-dua lelaki itu mula menarik tangan dan baju
Efie. "Jangan lah balik dulu adik, sejuk ni jom lah temankan abang."
kata mereka sambil ketawa. "Tolonglah bagi saya balik..nanti mak saya
risau.." kata Efie sambil menangis. Dia tahu tak guna dia berkata
begitu. Tetapi dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa lagi.

Efie cuba untuk memukul lelaki-lelaki itu dengan menggunakan
payung yang dipegangnya. Tetapi kedua-dua lelaki itu sempat menangkap
tangan Efie. Payung yang dipegangnya tercampak jauh. Lelaki yang
berbadan besar itu memegang kedua-dua tangan Efie. Dia meronta-ronta
untuk melepaskan dirinya, tetapi apalah daya seorang remaja perempuan
nak dibandingkan dengan seorang lelaki yang bertubuh sasa seperti itu.
Efie menendang, menjerit dan berbuat apa sahaja untuk melepaskan
dirinya tetapi kedua-dua lelaki itu hanya ketawa dan berkata, "Jeritlah
kuat-kuat mana pun, takde siapa yang akan dengar suara kau!" disambut
dengan gelak tawa mereka.

Efie menangis semahu-mahunya. Dia masih belum berputus asa untuk
melepaskan diri...

No comments:

Post a Comment