cerita di bawah adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang
hidup mahupun yang telah k.o. Nama-nama yang digunakan tidak melibatkan
orang yang sebenarnya. Cuma nama. Enjoy reading...
========================================================
=========
CHAPTER 1
=========
~Boys Will Be Boys~
"Cecil ni kertas kau..." Kata Efie sambil menghulurkan kertas
peperiksaan Cecil kepadanya. Cecil memandang Efie dengan pandangan
mata yang tajam sehinggakan gadis itu merasa takut untuk bertentangan
mata dengannya. Dengan pantas Cecil merampas kertas itu dari tangan
Efie. "Kau dah tengok markah aku kan?!" tempik Cecil.
"Mana ada! Aku tak tengok pun lah, cikgu pass kat aku, aku
pass la kat kau." Balas Efie sambil menundukkan kepalanya. Dia malu di
perlakukan begitu walau pada hakikatnya dia berkata benar.
"Ah, sudahlah kau..." Cecil memalingkan badannya menghadap ke
tingkap.
Dia sendiri terfikir bahawa gadis itu duduk betul-betul di
sebelahnya dan Cecil sendiri dapat melihat bahawa Efie hanya
menyampaikan kertas itu dari gurunya masakan Efie punya masa untuk
melihat markah peperiksaannya. Cecil tahu dia cuma membuat tuduhan yang
sembarangan tetapi tidak pernah terlintas di kepalanya untuk meminta
maaf kepada gadis itu. Dia tahu dia telah menyakiti hati Efie, tetapi
entah kenapa setiap kali berlaku perkara begini dia berasa puas.
Dia tersenyum sendirian. "Oi, mengelamun je kau ni! Termenung
ingatkan awek mana pulak ni?" Sergah Damien yang sedang berdiri sambil
tersengih dihadapannya. Damien kelihatan ceria. "Happy semacam je kau
ni. Ada apa-apa ke?" Tanya Cecil.
"Hehe, aku lulus la paper maths! Tapi sekarang kita lupakan tu
dulu. Sekarang ni aku lapar, sebelum rehat habis baik kita pergi makan
dulu". Ujar Damien sambil menggosok-gosok perutnya dan mencebikkan
bibirnya.
Sedang mereka berdua berjalan menuju ke kantin, beberapa orang
sahabat mereka iaitu Aaron, Kyrie, Adrian dan Eric tiba dan turut serta
menuju ke kantin. Mereka bergurau senda dan berjenaka sambil berjalan
beriringan.
"Eh, Cecil aku nampak kau marah Efie lagi ye?" soal Damien.
Cecil hanya mengangguk dan tersenyum sinis tetapi dia tidak mengangkat
kepalanya dia hanya terus menikmati makanan yang telah dibelinya
sebentar tadi. Sahabatnya yang lain mula memasang telinga. Masing-
masing tersenyum memikirkan perkara tersebut kerana mereka cukup kenal
dengan perangai sahabat karib mereka itu. Sejak awal zaman persekolahan
mereka lagi Cecil memang selalu membuli Efie.
"Apasal la kau anti sangat dengan dia eh? Mak aku cakap jangan
benci-benci, nanti lama-lama jadi suka!" usik Aaron sambil menepuk bahu
Cecil dengan disusuli gelak tawanya dan rakan-rakan yang lain."Oi,
simpang malaikat 44 la weh!" kata Cecil sambil bingkas bangun dari
tempat duduknya. "Mengarut je korang ni lah. Aku suka buli dia sebab
muka dia tu memang macam mintak dibuli je..." sambung Cecil lagi lantas
disambut dengan gelak tawa mereka mengisi setiap ruangan kawasan kantin
itu.
Loceng telah berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Semasa
jalan pulang ke kelas, Cecil terlihat Efie sedang mengangkat buku
latihan yang banyak menggunung. Sebagai ketua kelas memang itulah
tanggungjawabnya. Cecil pula sebagai penolong ketua kelas,
tanggungjawabnya adalah untuk membantu Efie. Tetapi sudah tentulah
perkara itu takkan berlaku.
Tiba-tiba Cecil mendapat satu akal. Sambil tersenyum dia
berkata, "Oi, korang tengok ni." sambil berjalan kearah Efie. "Hai
banyaknya buku. Meh aku tolong, aku kan penolong ketua. Nanti tak buat
kerja kena lucut jawatan pulak". Kata Cecil sambil melemparkan
senyuman yang termanis. Efie menjenguk disebalik buku-buku yang di
pegangnya dan memandang ke arah Cecil dengan pandangan yang kurang
pasti. "Betul ke ni?" soal Efie.
"Cepat jela sebelum aku ubah fikiran." balas Cecil ringkas.
Efie dengan teragak-agak menghulurkan buku-buku tersebut ke tangan
Cecil. Cecil menyambutnya, tetapi sejurus saja Efie melepaskan
tangannya, Cecil juga turut melepaskan tangan dan buku-buku itu jatuh
bertaburan di atas koridor.
"Lari!" Tempik Cecil kepada kawan-kawannya sambil berlari. Dia
memalingkan mukanya kepada Efie dan menjelirkan lidahnya. "JAHATT!!!"
pekik Efie. Keadaan di koridor hingar bingar dengan suara mereka.
No comments:
Post a Comment