Monday, January 17, 2011

The Ultimate Prank, Or Is It?

=========
CHAPTER 4
=========


Sepanjang hari ini Cecil dan Efie asyik bertekak. Setiap masa
pasti ada sahaja benda yang tidak kena di antara mereka berdua. Rakan
kelas yang lain pun sudah cukup masak dengan perangai kedua-dua rakan
mereka ini. Ada yang tidak mengendahkan mereka, ada pula yang bersorak
untuk mereka. " Kerusi kau tu yang masuk kat tempat aku la! Tengok
la garisan ni! Kau ni rabun ke buta?" kata Efie. Mereka sedang bergaduh
tentang siapa yang masuk ke bahagian siapa di meja belajar mereka.
Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Tanpa berlengah Cecil
terus beredar keluar dari tempatnya dan melanggar bahu Efie sehinggakan
gadis itu hampir terjatuh. Belum sempat Efie berkata apa-apa Cecil
sudah pun hilang dari pandangan. Damien dan rakan-rakan Cecil yang lain
segera mengejar Cecil.

"Hei, kau nak pergi mana ni?" soal Kyrie. Cecil tidak
memperlahankan langkahnya tetapi riak mukanya menunjukkan yang dia
memang mempunyai niat yang tidak baik."Seram pulak aku tengok budak
ni." ujar Damien dengan nada separuh ketawa. Rakan-rakan yang lain
turut tergelak kecil. "Korang kena tolong aku."bilang Cecil.
"Carikan aku seekor katak."

Efie yang masih terkejut dengan tindakkan Cecil tadi masih
tidak berganjak dari tempatnya. "Ish! tak suka betul la diorang tu!
Suka sangat buli budak perempuan!" kata Teddy yang baru sahaja
melangkah ke tempat Efie bersama-sama dengan Keicey, Aien, Opie dan
Ika. Viey pula masih sedang mengemas bukunya ke dalam beg. "Entah, cuba
lah diorang tu jadi macam Putera Emil tu kan bagus." tambah Opie dengan
senyuman bagaikan orang yang sedang bermimpi di siang hari. Emil memang
sangat diminati di sekolah itu sehinggakan dia mendapat panggilan
'Putera Emil' oleh pelajar-pelajar sekolah itu. "Banyaklah kau. Manalah
monyet-monyet tu boleh jadi macam Emil. Tak sama langsung!" kata Aien
dengan disusuli gelak tawa mereka.Gadis-gadis itu mula bercakap
mengenai perbuatan Cecil dan rakan-rakannya. Mereka berasa kasihan
kepada rakan mereka, Efie kerana telah menjadi mangsa utama Cecil si
pembuli."Hm, dah lah lupakan jela diorang tu. Jom kita pergi makan."
kata Efie kepada rakan-rakannya.

Cecil dan rakan-rakannya menghabiskan masa rehat mereka di
kawasan padang sekolah mereka. Hingga hampir habis waktu rehat barulah
Adrian terjumpa seekor katak yang sebesar penumbuk orang dewasa di
sekitar kawasan itu. Cecil mengambil katak itu dan memasukkannya ke
dalam poket seluarnya. "Oi, tak mati ke katak tu letak camtu?" tanya
Aaron. "Ala kejap je la bukan lama-lama. Jom balik kelas, dah loceng
dah." balas Cecil sambil mula beredar untuk ke kelas. Dia kelihatan
sangat bersemangat untuk masuk ke kelas. Dia lah orang pertama yang
mengambil tempat duduk di dalam kelas.

Sewaktu Efie pulang semula ke kelas dia terlihat Cecil
tersenyum melebar di tempat duduknya. Apabila Efie kembali ke tempat
duduknya Cecil berkata " Duduklah Cik Efie." sambil menyapu kerusi
Efie dengan tangannya seperti membersihkan kerusi yang tidak kotor itu.
Efie memandang Cecil sambil mengangkat keningnya kehairanan melihat
perangai pemuda itu. Tetapi dia dapat membaca pasti ada sesuatu di
sebalik senyuman itu. "Mesti ada benda dia nak kenakan aku ni."
fikir Efie masih memandang Cecil yang masih lagi tersenyum. Efie tidak
terus duduk, tetapi dia cuba menggoyang-goyangkan kerusi itu untuk
memastikan ianya selamat. Dia menyapu tempat duduknya menggunakan
tangan untuk memastikan tiada apa-apa di atas kerusi tersebut. Setelah
dia berpuas hati, Efie duduk di kerusinya tetapi dengan penuh berhati-
hati.

Guru mata pelajaran bahasa melayu mereka iaitu Cikgu Malik,
sudah pun memulakan pengajaran untuk hari ini. Begitu juga Cecil, dia
pun sudah memulakan rancangan jahatnya. Semasa semua mata sibuk
tertumpu ke papan hitam, dengan penuh berhati-hati dia mengeluarkan
katak yang ditangkap Adrian di padang sebentar tadi dari poket
seluarnya dan memasukkannya ke dalam beg sekolah Efie. Walaupun mereka
selalu bergaduh, Cecil amat mengenali Efie. Dia tahu gadis ini amat
takut kepada haiwan berdarah sejuk itu. Setelah berjaya menempatkan
haiwan itu di dalam beg Efie, Cecil segera menutup semula beg Efie
seperti sedia kala dan terus berpura-pura memberikan perhatiannya pada
papan hitam.

Beberapa minit selepas itu, Cikgu Malik memberikan mereka
latihan di papan hitam dan menyuruh pelajar-pelajarnya menyalin latihan
yang di beri di dalam buku latihan. Efie memalingkan badannya ke
belakang untuk mengambil buku latihannya dari dalam beg sekolahnya.
Alangkah terkejutnya gadis ini apabila diselukkan tangannya di dalam
beg dan tangannya tersentuh sesuatu yang sejuk dan berlendir. Dia
menarik tangannya keluar dengan pantas. Begnya terbuka dan katak itu
terus melompat keluar. Sepantas kilat, Efie juga melompat ke atas meja
sambil menjerit sekuat hatinya. Pelajar-pelajar perempuan yang lain
turut menjerit ketakutan. Cecil dan rakan-rakannya sedang bersusah
payah menahan ketawa. Keadaan kelas mereka menjadi kucar-kacir pada
waktu itu. Semuanya kerana seekor katak.

Akhirnya, Cikgu Malik berjaya menangkap katak tersebut dan
membuangnya keluar. Dia kelihatan sangat marah. " Baik cakap sekarang
siapa punya kerja ni?!" tempik guru itu. Matanya melilau kepada semua
pelajar di dalam kelas itu. Efie yang dari tadi ketakutan sehingga
airmatanya mengalir keluar, dengan pantas memandang ke arah Cecil.
Tak semena-mena Efie melompat dari atas meja ke arah Cecil dan terus
memukul-mukul Cecil sekuat-kuat hatinya. "Kau lah punya kerja ni! Takde
orang lain dah! Aku tau lah kau memang jahat!!" jerit Efie sambil
tangannya tidak henti-henti memukul Cecil. Cecil cuba menghalang dengan
tangannya sendiri tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatian kerana
dia tidak dapat menahan dirinya dari ketawa. "Bukan aku lah." katanya
sambil ketawa.

Sedang satu kelas memerhatikan gelagat mereka, guru Bahasa
Melayu mereka itu sudah pun tercegat di hadapan tempat duduk Cecil dan
Efie. Tangannya disilangkan. "Berhenti sekarang!" suara Cikgu Malik
bergema di dalam kelas itu. Semua pelajar terdiam termasuk Efie. Cecil
juga terdiam dan tidak lagi bergelak ketawa. Efie terus bangun dan
berdiri tegak. Cecil kelihatan bingung sebentar. Beberapa saat selepas
itu, bagaikan baru tersedar apa yang perlu dilakukannya dengan pantas
dia juga berdiri tegak di sebelah Efie.

No comments:

Post a Comment