Sunday, January 23, 2011

Blowback...

=========
CHAPTER 5
=========


"Dia yang letak katak tu dalam beg saya cikgu." kata Efie
dengan kepala yang tertunduk sambil menunding jari ke arah Cecil.
"Bukan saya cikgu. Mana bukti kau cakap aku yang letak?" protes Cecil.
"Dua-dua diam sekarang. Saya tak suruh kamu bersuara pun." Cikgu Malik
bersuara sebelum Efie sempat berkata apa-apa. Mereka berdua terdiam.
Kedua-duanya menundukkan kepala, tidak berani untuk menatap wajah guru
yang garang itu.

"Kenapalah kamu berdua ini. Saya betul-betul tak faham. Dah
macam kucing dan anjing dah." kata Cikgu Malik. "Kamu berdua akan
dikenakan kelas tahanan sampai pukul 5 petang ini. Mungkin kamu boleh
gunakan masa itu untuk fikir balik perbuatan kamu ini." sambungnya.
"Tapi cikgu saya tak buat apa-apa. Cecil yang salah, bukan saya!"
bantah Efie. Cecil cuma mampu memandang. "Kamu nak saya bagi kamu
berdua kelas tahanan sampai hari Jumaat ke?" tanya Cikgu Malik. Efie
tertunduk dan menggelengkan kepalanya. Dia memaki-maki Cecil di dalam
hatinya.

Semua pelajar lain sudah pun beredar keluar untuk pulang ke
rumah. Rakan-rakan Efie dan Cecil juga sudah pulang ke rumah masing-
masing. Efie sudah pun berpindah ke tempat duduk lain. Dia tidak mahu
menghabiskan masa berjam-jam duduk di sebelah lelaki itu. Efie
memandang tepat ke arah Cecil. Pandangannya begitu tajam. Penuh dengan
kemarahan. Pemuda itu berasa tidak selesa di pandang begitu, tetapi dia
cuba untuk berlagak tenang. "Apasal kau tengok-tengok aku? Ada hutang
ke? Aku tau la aku hensem tapi jangan lah tenung camtu sekali. Malu
aku." kata Cecil kepada Efie sambil tersengih-sengih. Efie merasa dia
membuang masa untuk mendapatkan penjelasan dari pemuda itu kerana dia
tahu Cecil hanya berbuat perkara tadi untuk mengenakan dirinya.
Akhirnya, Efie menjelirkan lidahnya kepada Cecil dan terus memandang ke
tempat lain.

Semua kerja sekolah telah di siapkan. Ingin mengulang kaji,
terasa letih pula. Efie duduk sambil memainkan pen di jarinya. Masa
masih panjang untuk sampai ke jam 5. Dia tidak tahu apa yang patut di
buatnya. Dia mencuri pandang ke arah Cecil. Dia sedang memuncungkan
bibirnya dan cuba untuk mengimbangkan pen di bawah hidungnya. Apabila
dia sedar dirinya diperhati, cepat-cepat dia menjatuhkan pen tersebut
dan memandang ke tempat lain untuk menutup rasa malu. Efie terasa ingin
ketawa, tetapi ditahannya. Efie kembali menumpukan perhatian pada pen
yang dimainkan dijari-jemarinya sambil tersenyum kecil.

"Ahhh...bosan betul lah." kata Cecil sambil meregangkan
badannya. Efie tidak menjawab tetapi mengiyakan kata-kata Cecil di
dalam diam. "Weh, aku tau kau pun bosan. Alang-alang dua-dua bosan ni
apa kata kita cari aktiviti yang boleh kita buat." kata Cecil kepada
Efie. "Dengan kau? Boleh buat apa je? Kau tu apa pun tak boleh." balas
Efie dengan bersahaja. Cecil merasa geram dan ingin membalas kata-kata
Efie itu, tetapi dibatalkan niatnya. Dia berjalan ke tempat duduk Efie
dan duduk di kerusi sebelahnya. Badannya dihadapkan kepada gadis itu.
Mukanya tersenyum sinis. "Biasa kalau lelaki dengan perempuan berdua
buat apa?" katanya sambil menghampiri Efie. Efie mengelakkan badannya
kebelakang. "Weh,kau gila ke..A-aku faham sebagai remaja, hormon kau
tengah tak tentu. T-tapi fikirkan lah keluarga dan kawan-kawan kau. Apa
kata cikgu-cikgu n-nanti." kata Efie dengan suara yang tersekat-sekat,
cuba meyakinkan Cecil, tetapi Cecil terus sahaja mendekati Efie. Efie
tidak tahu berbuat apa dan cuma menutup matanya erat-erat dan bersedia
untuk menjerit. Tiba-tiba Cecil menepuk dahi Efie dengan tangannya.
"Kau fikir apa ha?" tanya Cecil. Aku ajak main 'tic-tac-toe' lah."
tambahnya lagi. "Efie terasa malu dan terus membetulkan kedudukkannya
semula. "Oh, erm, jom lah." jawabnya menyorokkan rasa malu.

Setelah beberapa kali pusingan permainan itu mereka bermain,
kelihatannya Cecil kalah kepada Efie. Ternyata gadis itu lebih hebat
berbandingnya di dalam permainan tersebut. Di saat itu, Cecil masih
lagi di ambang kekalahan pada pusingan itu. Setelah selesai giliran
Efie, tiba pula giliran Cecil. Dia memerahati kertas itu dengan dahi
yang berkerut. Dia buntu, di mana pun dia meletakkan tanda pasti Efie
akan menang. Tiba-tiba, Cecil terus menconteng kertas tersebut sehingga
ianya terkoyak. Dia tergelak kepuasan. "Hei, apa ni!" kata Efie. "Aku
dah nak menang dah. Kau ni main pun lengit. Dah kalah tu terima jelah!"
bentak Efie lagi. "Alah game bodoh memang lah sesuai ngan orang-orang
bodoh." kata Cecil. Efie ingin membalas kata-kata Cecil itu tetapi dia
terlihat jam sudah menunjukkan pukul 5 dan tiba-tiba Cikgu Malik pun
masuk ke kelas itu dan memberikan kebenaran untuk mereka pulang ke
rumah.

Setibanya mereka di pagar sekolah, hari mulai hujan. Langit
bergitu gelap sekali. Efie memandang ke langit dan terus mengeluarkan
payungnya. "Hujan pulak. Nasib baik aku ada payung. Kau takde kan?
Hehe, Balik dulu ye." kata Efie mengejek Cecil. Cecil tidak menunjukkan
sebarang reaksi. Cecil cuma memerhatikan Efie sehingga dia hilang dari
pandangan.

No comments:

Post a Comment