Monday, January 31, 2011

~Bestnya sekolah!~

=========
CHAPTER 8
=========

Cecil dibenarkan pulang dan berehat dirumah sehingga luka di kepalanya sembuh. Selama dua hari dia terlantar di katil di dalam biliknya. Mungkin kerana luka itu berada di kepalanya, atau mungkin kerana kebosanan, dia sering mengantuk dan menghabiskan banyak masa dengan tidur. Apabila dia membuka matanya, dia terlihat hadiah-hadiah yang terbungkus cantik diletakkan di sebelah katilnya. Kebanyakkannya
adalah dari rakan-rakan kelasnya. Tiba-tiba dia terlihat satu hadiah yang bertulis "Get Well Soon. from Efie." Dia segera mengambil hadiah tu dan sambil membelek-belek dia bertanya kepada emaknya, "Efie ada
datang tengok Cecil ke ma?"

"Ada tadi tapi Cecil tengah tidur, Efie tak nak kejutkan Cecil jadi dia letak hadiah lepas tu terus balik. Yelah keluarga dia pun dah tak bagi dia keluar seorang-seorang lagi lepas apa yang jadi hari tu." kata ibunya.

Dia melempar hadiah itu ke atas katilnya. Dia membebel sendirian."Orang tidur kejutkan lah. Bodoh sangat ke dia ni? Tu pun nak kena ajar.." sekali lagi dia terlepas untuk berjumpa dengan Efie.Dia teringin sangat untuk berjumpa dengan gadis itu. Cecil berasa marah kerana Efie tidak mengejutkannya apabila dia datang tadi.Dia sendiri tidak mahu mengakui bahawa hakikatnya dia merindui gadis tersebut. Sudah dua hari Cecil tidak dapat melihat wajah gadis itu. "Ah, tak boleh jadi ni...ma! Esok Cecil nak pergi sekolah!" kata Cecil.

Berpuluh-puluh kali ibu dan bapanya memujuk Cecil untuk berubah fikiran semasa di meja makan pada waktu makan malam. Mereka rasa Cecil masih belum sihat sepenuhnya untuk pergi semula ke sekolah.
Ibu bapanya tahu, untuk memujuk Cecil merubah fikiran adalah perkara yang sia-sia. Mereka sendiri sudah begitu arif dengan perangai satu-satunya anak mereka ini. Apabila dia sudah membuat keputusan,
mustahil untuk menyuruh dia mengubahnya. Akhirnya mereka mengaku kalah. "Ok, pa boleh benarkan Cecil pergi sekolah, tapi pergi dan balik sekolah biar pa atau ma yang ambik. Cecil tak boleh pergi atau balik
sendiri." kata bapanya. Cecil bersetuju dengan syarat itu dan berlari-lari anak menuju ke tangga untuk pergi ke biliknya dan mengemas barang-barang sekolahnya. "Hati-hati lah Cecil, jangan lari jatuh nanti."
kata ibunya sambil mereka tersenyum memandang Cecil.

Sedang dia asyik mengemas beg sekolahnya, kepalanya ligat berfikir. "Lama betul tak buli si Efie nie. Aku mesti kena ada trick yang best ni. Baru lah dia ingat aku balik hehe.." fikir Cecil sambil tersenyum penuh makna. Dia juga terfikir rakan-rakan kelasnya yang lain.Damien, Eric, Kyrie, dan Adrian. Di saat ini, Emil juga ada terlintas di fikirannya walaupun dia cukup benci dengan pemuda pujaan ramai itu.Semua tentang sekolah menaikkan semula semangatnya.

Cecil susah untuk melelapkan mata pada malam itu. Di dalam kepalanya asyik terfikirkan bagaimana keadaan sekolah dan kawan-kawannya. "Mesti aku dah famous kat sekolah sekarang ini." fikirnya
sendiri. Dia terbayang dirinya dikelilingi pelajar-pelajar yang memuji-muji dirinya. Gadis-gadis semua mahu berkawan dengannya dan Emil yang berlagak itu dilupakan semua orang. Dia tersenyum dan akhirnya terlena
dibuai bayangannya itu.

No comments:

Post a Comment