Thursday, January 27, 2011

Knight In Shinning Armor...

=========
CHAPTER 7
=========

Sedang lelaki yang bertubuh kecil itu ketawa sekuat-kuatnya,
tiba-tiba dia terdiam. Mukanya pucat dan kelihatan seperti orang yang
terkejut. Rakannya hairan melihat keadaan itu. Tiba-tiba lelaki yang
kecil itu jatuh tersungkur di atas jalan.

Di belakangnya, kelihatan satu susuk tubuh yang kecil. Rupa-
rupanya lelaki itu tadi telah di pukul dengan menggunakan bat besbol.
Tetapi wajah orang yang memegang bat tersebut masih kabur. Efie tidak
dapat melihat wajah orang itu. Melihatkan rakannya yang sudah tidak
menyedarkan diri itu, lelaki bertubuh sasa itu melepaskan Efie dan
mula mendekati orang misteri yang datang untuk menyelamatkan Efie itu.
Efie sudah terlalu takut sehinggakan dia tidak mampu berdiri. Efie
jatuh terduduk di atas jalan sambil matanya tidak berkelip memandang
dua lelaki yang akan bergelut itu.

Lelaki botak itu berlari ke arah lelaki yang memegang bat besbol
itu. Tetapi pergerakkannya tidak cukup pantas kerana dengan mudahnya
lelaki yang memegang bat besbol itu mengelak dan berjaya mengetuk
belakang kepala lelaki botak itu. Selepas terkena pukulan yang kuat itu,
lelaki bertubuh sasa itu masih dapat berdiri. Tetapi ianya telah
membuatkan lelaki itu pening dan tidak dapat melihat dengan bagus.
Penyelamat misteri itu cuba untuk memukul kepala lelaki botak itu lagi
tetapi lelaki botak itu dengan pantasnya menepis dan berjaya memukul
penyelamat misteri itu. Kepalanya terhentak kedinding. Sekarang kedua-
duanya sedang mabuk dan tidak fokus. Lelaki botak itu sekali lagi
menuju ke arah penyelamat misteri itu untuk memukulnya lagi tetapi dia
gagal kerana bat besbol penyelamat misteri itu lebih cepat sampai ke
kepalanya yang botak itu. Penyelamat misteri itu memukul lelaki botak
itu bertubi-tubi sambil menjerit akibat terlalu geram barangkali.

Setelah memastikan yang kedua-dua lelaki itu sudah tidak sedarkan
diri, penyelamat misteri itu berpaling ke arah Efie. Efie masih di dalam
keadaan yang terkejut dan dia tidak dapat fokus pada apa yang berlaku.
Lantas lelaki itu berjalan ke arahnya dan menghulurkan tangannya kepada
Efie. "Jom cepat bangun. Aku hantar kau balik." kata lelaki itu. Tiba-
tiba Efie tersedar, dia amat mengenali suara itu. Suara yang selama ini
amat dibencinya. Dia melihat ke atas dan melihat wajah Cecil yang sudah
basah akibat hujan. Dahinya berdarah akibat hentakkan di dinding tadi.
Efie masih lagi tercengang dengan apa yang sedang dilaluinya. Cecil
kurang sabar dan dengan cepat dia menarik tangan Efie dan membawanya
keluar dari jalan yang merbahaya itu.

Sepanjang perjalanan ke rumahnya, Efie merasakan dia seperti di
alam mimpi. Dia berada dalam keadaan bahaya sebentar tadi dan ada
'knight in shinning armor' yang menyelamatkannya. Tetapi dia tidak dapat
memikirkan mengapa orang itu ialah Cecil. Dan di saat ini, Cecil sedang
memegang tangannya dan menghantarnya pulang ke rumah. Dia tidak dapat
memikirkan logiknya keadaan itu.

Otaknya terus ligat berpusing sehingga mereka tiba di hadapan
rumah Efie. Mereka masuk ke dalam 'porch' untuk mengelakkan hujan.
Cecil mengarahkan Efie untuk duduk. Efie akur sahaja sambil matanya
tidak berkelip memandang Cecil. Cecil terlihat wajah Efie yang masih
tercengang memandangnya. Dia tersenyum lantas berkata "Aku hebatkan?"
Dia mahu menambah lagi tetapi penglihatannya menjadi kabur. Kepalanya
terasa sakit. dia tidak dapat fokus,lantas Cecil terduduk di hadapan
Efie. Perkara terakhir yang dilihatnya ialah wajah panik Efie dan
kedengaran suara Efie sayup-sayup memanggil namanya. Cecil tidak ingat
apa yang berlaku selepas itu.

Cecil membuka matanya. Setelah beberapa saat, barulah dia
dapat fokus pada keadaan sekelilingnya. Dia berada di dalam bilik
hospital. Dia dikelilingi oleh ibu bapanya, ibu bapa Efie dan juga Efie.
Masing-masing tersenyum memandang Cecil, terutamanya Efie.

Kedua-dua ibu bapa Cecil dan Efie memuji keberanian Cecil.
Ibu bapa Efie tidak habis-habis memuji Cecil dan bertanyakan jika ada
sesuatu yang Cecil inginkan sebagai hadiah untuk membalas jasa pemuda
itu. Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke bilik tersebut dan memberitahu
ibu bapa Cecil bahawa doktor yang merawat Cecil ingin berjumpa dengan
mereka. Mereka akur dan mengikut jururawat itu ke bilik doktor. Ibu
bapa Efie juga ingin mengetahui tentang keadaan Cecil lantas mereka
menyuruh Efie menjaga Cecil sementara mereka keluar untuk berjumpa
dengan ibu bapa Cecil.

"Awak memang berani...Kenapa awak selamatkan saya? Macam mana
awak tahu saya ikut jalan tu?" soal Efie kepada Cecil sambil duduk di
atas kerusi di tepi katil."Cecil kan hero.." jawab Cecil sambil
tersenyum lemah. Efie turut ikut tersenyum. "Awak rehat je ok? Luka
kat kepala awak tu agak parah jugak. Nasib tak jadi apa-apa yang buruk."
kata Efie sambil membetulkan selimut dan bantal Cecil. Selepas itu,dia
duduk semula di atas kerusi sambil memandang ke arah Cecil. Tiba-tiba,
dengan perlahan Cecil meletakkan tangannya di atas tangan Efie dan
menggenggam erat tangan gadis itu. Efie terkejut dengan perlakuan Cecil
itu,tetapi dia tidak mengalihkan tangannya dari genggaman Cecil. Dia
membiarkan Cecil memegang tangannya sehingga Cecil kembali terlena. Dia
menatap wajah pemuda yang sedang tidur itu. "Comel juga dia ni.." detik
Efie di dalam hatinya. Perbalahan yang berlaku di antara mereka
semenjak awal perkenalan mereka telah membuatkan perasaan benci yang
melonjak-lonjak di dalam hati Efie. Oleh sebab itu, dia tidak pernah
tersedar bahawa Cecil juga mempunyai tarikkannya yang tersendiri.
Matanya sedikit sepet dan kulitnya cerah. Rambut hitam di paras leher
itu menambahkan tarikkan pada pemuda itu. "Terima kasih Cecil.." bisik
Efie di dalam hatinya sambil tersenyum.

2 comments: